Monday, 23 February 2009

Mee Udang

Bahan-Bahan

  • 1 kati mi kuning
  • ½ kati udang basah - bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 2 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit udang kering } kisar
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir
  • Kangkung (sawi pun boleh)
  • ½ kati taugeh
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng
Cara-Cara
  1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/udang kering.
  3. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
  4. Masukkan sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Untuk sayuran tadi kangkung/sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
  6. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Wednesday, 18 February 2009

A late celebration

Hari lahir Ikhwan yang ke-5 jatuh pada 24 Dec 2008. Tapi oleh kerana Anis sakit dan Jepp sibuk dengan tesisnya, sambutan terpaksa ditangguh. Kami ambil kesempatan untuk menambah acara sempena majlis perjumpaan komuniti melayu di Edinburgh pada 14 Feb 2009.

Anis dan Ikhwan prepare 'goody bags' untuk kanak-kanak. Hula-hoops, raisin, chocolate bar and noise maker. Ada lebih kurang 45 kanak-kanak melayu di Edinburgh ni.Seperti biasa, kek ditempah dari Nor @ CT-Nik. Yang ada gambar Mickey-mouse tu kek span coklat dan lagi satu kek tiramisu. Sedappppp.


Sekitar majlis
Ikhwan bersama Ariana yang ayu, Balqis yang vogue , Ilham yang steady aje..


Ikhwan is 5 years and 1 1/2 months today