Saturday, 24 May 2008
Monday, 12 May 2008
Raikan Cinta
Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi
Selamat meraikan cinta. Lagunya puitis, luas penghayatannya. Nak dengar carilah kat youtube.
Raikan Cinta
(Lirik & Lagu: M Nasir)
Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku
Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua...
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?
Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail
Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi
Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi
The special anniversary cake
Wednesday, 7 May 2008
Lewat Musim Bunga 2008
Tak berjaga sangat. Kesian dia..merajuk.
Dah panas sikit. Baru boleh buang semak-semak tu.
Tulip ni dah terlebih kembang. Sikit lagi tamatlah riwayat untuk tahun ni.
Bunga lain: Pansy dan Lily (Bunga tak keluar lagi)
Bulb tulip ni Jepp beli kat Germany masa pergi conference.
Species ni, kemetot dari yang kat laman depan. Belum kembang lagi.
Bunga lain: Pansy dan Lily (Bunga tak keluar lagi)
Species ni, kemetot dari yang kat laman depan. Belum kembang lagi.
Monday, 5 May 2008
Ayam Panggang Mentega Bersama Herba
Bahan-Bahan
- Seekor ayam (saiz kecil)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- Campuran herba - parsley + sage + rosemary dan thyme (dicincang halus)
- 6 sudu besar mentega
- garam
- serbuk lada hitam (kasar)
- Spatchcock Ayam (Cara nak spatchcock boleh cari kat internet)
- Campurkan mentega + bawang putih + campuran herba + garam dan lada hitam. Gaul hingga sebati.
- Sapu dan lumurkan campuran tadi keseluruh ayam
- Panaskan grill/oven dan masakan ayam selama 30 minit. Balik-balikan hingga masak.
- Hidang dan makan semasa masih panas. Boleh makan dengan nasi etc.
Jepp
Subscribe to:
Posts (Atom)