Saturday, 30 June 2007

Early Summer Garden

Ikhwan tengah siram pokok yang bernama Rhodohyposis . Kat belakang Ikhwan ada pokok Crysanthemum (belasah je spelling ...), nanti boleh buat teh bunga. Yang kene cantas tu pokok Lily warna merah. Harap-harap bertunas balik.

Ni pokok memanjat, daun lebar-lebar..bunga ciput aje. Tak ingat nama pokok ape.

Pokok bunga ros ni memang dah ada kat belakang rumah since kami pindah. Walaupun dah macam nak mati, berbunga jugak rupanya.

Pokok daun kesum yang kembali ceria. Boleh masak asam pedas salmon.


Ni pokok caca-marba. Asalnya main campak dan tabur je biji benih yang ada kat celah-celah tebing rumah. Tak tahu pun benih pokok ape. Ade la macam cerita Jack & The Beanstalk. Ha.. inilah rupanya bila dah tumbuh. Cam semak aje.




Hari Sukan Sekolah Tadika Princess Elizabeth


Hari Khamis lepas hari sukan sekolah Ikhwan . Ikhwan tengah berlumba dengan Rohan, Ruyuan dan Liang.
Ini adalah peserta-pesrta acara sukan yang sedang menunggu giliran untuk bertanding.

Ready.............. Steady...............Go!!!

Game ni... mula-mula kena pakai scarf, pas tu pakai topi, jalan kedepan lagi ada cawan dan piring untuk dibawa ke garisan penamat. Kita lihat apa yang jadi...

Ikhwan telah berjaya menyarung scarf dan sedang berusaha untuk pakai topi. Liang terpaksa dibantu oleh Mrs Smith. Ruyuan begitu feminine sekali.

Itulah acara sukan untuk budak-budak 3-4 tahun. Tiada perasaan kalah-menang diterapkan pada budak-budak. Semua orang dapat hadiah yang sama, iaitu sepotong epal setiap habis acara. But they really have fun and enjoyed the game. Ibu Ikhwan pun terpaksa ponteng sekolah sebab nak pegi event ni. Terima kasih ayah, dalam kekalutan meeting dgn supervisor, sempat juga tolong prepare mini vegetarian-pizza for the children hari ni.

Monday, 25 June 2007

Ikhwan at nursery school

Ikhwan main apa dengan kawan-kawan ni?

Dari kiri: Rohan , Mayar, Mrs Smith, Ikhwan, Erin, MaryAnne, Mrs McKay
Membelakang camera: Dalbir, Tommy

Father's Day 2007

Ni kad Ikhwan untuk ayah. Ikhwan buat at sekolah..tapi cikgu yang buat, Ikhwan conteng je.

Present tu di sponsor oleh ibu. Sorry aaa... tengah bulan, elaun tak masuk lagi.

Friday, 15 June 2007

The lost world of Andalus

The Muslim conquest begin with the interest of the westernmost ruler of Byzantine Empire around 710. Bala tentera yang diketuai oleh Tariq Ibn-Ziyad telah menjatuhkan kerajaan Visigoths ketika itu. Dalam tempoh tiga tahun, tentera Arab tidak saja telah berjaya menakluk Analausia malah hingga ke bahagian utara Spain and France. Pada ketika ini penjajahan masyarakat Arab mengamalkan 'religious tolerent'.

Dalam tahun 756, a leader dinasti kerajaan Khalifah Umayyah di Damsyik (Syria), Abd Al-Rahman telah tiba di Andalus dan empayar yang dibinanya ketika itu yang berpusat di Cordoba. Cordoba telah menjadi salah satu bandar yang terbesar di dunia. Pemerintahan di Spain ketika ini sangat kukuh dan meluas. Andalus merupakan pusat pentadbiran bagi seluruh Spain dimana Cordoba, Seville dan Malaga merupakan bandar utama. Kerajaan Andalusia terkenal dengan its wealth, sophistication, poetry, scholarship, art and architecture. Tentera islam ramai terdiri dari bangsa 'Moor' yang berasal dari Morocco, Algeria dan Tunisia. Masyarakat Islam yang terdiri dari Moors dan Arab telah membina university dan melahirkan ramai cendekiawan dalam bidang astronomi, perubatan, filosofi dan matematik.

Setelah kemangkatan pemerintah Muhammad Ibn Abd-Allah pada 1002, kerajaan Andalus telah berpecah dan lemah. Sekitar 1037 Christian kingdom yang bangkit dikawasan utara telah mengambil kesempatan untuk melancarkan penaklukan semula. Empayar Islam di Morocco ketika itu telah cuba menyelamatkan keadaan but only lasted until 1212 . Alfonso X telah menyatukan Christian Spanish dan Portuguese army menentang tentera islam Al-Mohad. Cordoba telah jatuh sepenuhnya pada tahun 1236 di tangan Castillian (Christian kingdom dari north-west Spain).

Ketika penaklukan Cordoba, Mohammed Ibn-Yusuf Ibn-Nasri telah lari ke sebuah penempatan Moors di Qarnatah and established his kingdom pada 1235. Kemudian dikenali sebagai the Nasrid Kingdom of Qarnatah yang merpakan satu-satunya kerajaan islam yang survive dan menempatkan pelarian muslim.

Pada tahun 1484, Katolik monarki , Queen Isabella I and King Ferdinant III telah beberapa kali menyerang Qarnatah. Akhirnya , Raja Qarnatah ketika itu, Abu abd-Allah telah menyerah diri denagn syarat umat islam dijamin bebas mengamalkan agama dan custom. Dengan penyerahan itu, maka tamatlah kewujudan kerajaan islam di Andalusia.

Malangnya, pihak musuh masih tidak berpuas hati dengan kewujudan umat islam. Pada tahun 1499 , Cardinal Ximenez de Cesneros telah cuba untuk memusnahkan vestiges of Islam and Moorish culture . Antara tahun 1609 dan 1614, Muslims were expelled dan harta mereka diambil. Muslim dipaksa menukar agama sekiranya mahu terus tinggal di tanahair mereka. Nama Qarnatah telah ditukar kepada Granada. Hingga hari ini, generasi Qarnatah yang lari ke Morocco dikatakan masih menyimpan kunci rumah mereka di Qarnatah.

Reference: Spain by Facaros and Pauls
Wikipedia.

ps: Tulisan ini sebenarnya untuk rujukan perbadi..sebab itu tulisannya tunggang langgang. Walaubagaimanapun faktanya masih disitu. Sejarahnya agak kompleks dan rumit untuk diringkaskan. Rujukan yang lebih constructive, detail dan professional boleh di baca dari tulisan Dr Abdellatif Cherafi www.geocities.com/mutmainaa/history/spain.html

Thursday, 14 June 2007

Useful Andalucia Travel Info

General
www.andalucia.com
http://granadainfo.com

Accommodation
www.elnumero8.com
://granadainfo.com/escritores
www.hotelclub.net/hotel.reservations/Victoria_Hostal_Malaga.htm

Transportation
Bus www.alsinagraells.es
How to get to granada ://granadainfo.com/granadatravel.htm

Distance between Andalucian cities
Granada-Cordoba 166km
Granada-Malaga 130km
Malaga-Gibraltar ???
Gibraltar-Cueta (Morocco Border- crossing) ???

Sunday, 10 June 2007

Resepi

Lamb ala Mesir

Bahan-Bahan:

  • 500 gm daging kambing (dicuci & dipotong empat)
  • 125 gm minyak sapi
  • 600 ml air
  • 2 jintan manis (direndam & digiling)
  • 2 camca lada sulah
  • 1 cawan bawang goreng
  • 1 camca gula
  • ½ botol sos tomato
  • ½ tin kecil susu sejat cair
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk :
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 batang lada hijau (jika suka)
  • 2.5 cm halia
  • ½ camca serbuk kunyit
  • 2 camca garam
Cara-cara
  • Perasakan daging dengan bahan-bahan tumbuk & perapkan selama 30 minit.
  • Pijarkan minyak sapi atas api yang besar & gorengkan daging hingga garing seluruhnya.
  • Kecilkan api. Campurkan air & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Masukkan jintan manis. lada sulah,bawang goreng,gula & tomato.Masak hingga kuah menjadi pekat & daging lembut.
  • Masukkan susu & suaikan perasanya. Masak hingga daging empuk & turunkan periuk dari atas api.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih,sayur-sayuran & acar.

Saturday, 9 June 2007

Apa dah jadi?

By this time, pokok tulip semua dah layu. Beberapa bulan lepas Anis dah tanam benih pokok musim summer. Benih pokok tu semua free..kalau ikut packingnye..ada Nasturtium, Candytuft, Sunflower dan night scented stock. Tapi pokok tu sama naik dengan pokok rumput liar. Anis pun dah tak tahu mana satu pokok bunga , mana satu pokok liar. Macammna nak bersihkan ye?


Aha!! Tebas semua pokok..cuma satu species pokok je yang boleh dipastikan sebagai pokok bunga..the Night Scented Stock. Yang lain tu ..samada benih nya dah mati ataupun tak dapat dibezakan dengan rumput liar.


Hmmm......"that's better!!!" kata Ikhwan

Daun Kesom

Kisahnya.. daun kesom kami dah hampir mati. Ikut firasat Jepp, ada serangga dah buat sarang dalam pasu tu. Jadi, untuk memastikan kami masih lagi dapat menikmati Laksa dan Asam Pedas, Jepp dan Ikhwan menyemai semula pokok daun kesum yang dah nyawa-nyawa ikan. Ikhwan pun tolong semai pokok.

Bila lah agaknya nak boleh makan laksa ni...Buah tangan Faizi and Ijan dari Malaysia hari tu.. bunga kantan.. menunggu masa je untuk dilaksakan.