Tuesday, 22 May 2007

Laman Jun-July 06

Kami sekeluarga bersama tetamu pertama kami dirumah baru, 101 Double Hedges Park. Azam, Lina and Nabila terpaksa bersesak di rumah kami yg belum dikemas selepas pindah. Itulah laman depan kami semasa mula masuk ke rumah ni.

Dalam sebulan setengah, Anis telah cuba merubah wajah laman rumah. Pokok Dahlia, Sweat Pea dan Petunia yang disemai dulu dah mula berbunga.


Sebenarnya semua ni hasil usaha kak Teh yang siram pokok hari-hari. Ada juga dibantu oleh puteri-puteri abg Nasri & kak Ani; Kak Long, Kak Ngah dan Maisarah. Yang paling banyak membantu dan menyibuk ialah Ikhwan. Semua peralatan berkebun digunakan termasuk tupperware, bekas basuh tangan dan baldi mop lantai digunakan.