Friday, 31 August 2007

Monolog Hari Kemerdekaan








Maka 50 tahun dahulu, turunlah Union Jack digantikan dengan Bendera Malaysia seperti yang dilakonkan semula oleh Ikhwan. Merdeka!!








Kami melewati ulangtahun kemerdekaan tanahair yang ke 50 dari bumi penjajah.

kalau dulu dipanggil Tanah Melayu, telah menjadi Malaysia kemudiannya.

kalau dulu dipanggil Bangsa Melayu, sekarang sudah jadi Bangsa Malaysia.

banyak berubah, ada yang tambah.. ada yang kurang.. ada yang hilang...

Semoga daya juang kita dan anak-anak kita yang akan melewati hari-hari berikutnya kuat mempertahankan apa yang patut dipertahankan.

Pada yang berada di tanahair atau kakitangan kerajaan di luar negara, selamat bercuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Salam rindu yang berpanjangan untuk Tanah Melayu.