Kat sini banyak aktiviti untuk kanak-kanak termasuk dibawah lima tahun (pre-school). Di salah satu pusat rekreasi di Edinburgh, antara kelas untuk kanak-kanak termasuk berenang, gimnastik, bola sepak, tennis dan yoga. Kanak-kanak semuda 2 tahun boleh ikut. Masalahnya, jadual kelas banyak dihari bekerja melainkan kelas berenang. Untuk kelas berenang, baby bermula 4 bulan pun boleh join. Ikhwan daftar kelas berenang setiap Sabtu petang selama 30 minit. Memandangkan Ikhwan 'first timer', ibu/bapa kena bantu. Penggal depan, Ikhwan dengan instructor sahaja.