Titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah sempena mesyuarat Dewan Negara Perak yang ke-43 di Istana Iskadariah, Kuala Kangsar:
‘Menteri besar menjadi penghubung antara rakyat-dengan-raja, dan raja-dengan-rakyat secara berkesan. Raja dan istana adalah pelindung kepada adat dan kebesaran yang sejarahnya bertunjangkan kerajaan melayu.’
‘Institusi raja adalah sebahagian daripada sejarah dan sistem kerajaan di bumi melayu dan kekal relevan dan memenuhi peranan secara berkesan sepanjang masa’
Buletin utama TV3
17 Mac 2008
Teringat kisah seorang kawan yang tengah menanti hari untuk bersalin. Mereka tinggal di KL dan bercadang untuk melahirkan anak sulungnya di KL. Tapi dibantah oleh emaknya dengan sebab KL 'negeri tak bersultan'. Akhirnya, turut dan taat kata emaknya, dia pun balik kampung di Ipoh untuk bersalin walaupun agak ragu-ragu dengan alasan emaknya.
Dengan senario sekarang, baru kami rasa ada asas juga hujah emaknya itu. Dengar cerita, di Singapura , pembelajaran sejarah kerajaan kesultanan melayu telah dihapuskan dalam kurikulum sekolah. Tak tahu betul atau tidak.