Saturday, 6 October 2007

Autumn Bedding - Dianthus Chinensis



To Mak Teh

Ikhwan, Husna & Najiha

Sunday, 16 September 2007

Friday, 31 August 2007

Monolog Hari Kemerdekaan








Maka 50 tahun dahulu, turunlah Union Jack digantikan dengan Bendera Malaysia seperti yang dilakonkan semula oleh Ikhwan. Merdeka!!








Kami melewati ulangtahun kemerdekaan tanahair yang ke 50 dari bumi penjajah.

kalau dulu dipanggil Tanah Melayu, telah menjadi Malaysia kemudiannya.

kalau dulu dipanggil Bangsa Melayu, sekarang sudah jadi Bangsa Malaysia.

banyak berubah, ada yang tambah.. ada yang kurang.. ada yang hilang...

Semoga daya juang kita dan anak-anak kita yang akan melewati hari-hari berikutnya kuat mempertahankan apa yang patut dipertahankan.

Pada yang berada di tanahair atau kakitangan kerajaan di luar negara, selamat bercuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Salam rindu yang berpanjangan untuk Tanah Melayu.

Sunday, 26 August 2007

BBQ by the Loch Leven

Kalau hidup merantau kat negeri orang putih ni, bila berjalan kenalah bawak bekal. Maklumlah, bukan ada gerai, restoran halal. Bukannya kenyang makan fries. Dah tak larat nak makan fish-burger. Bawak bekal lebih sedap dan ekonomi.
Minggu ni, lepas pergi carboot Kinross, kami menikmati makan tengahari di Loch Leven. Tempat ni dalam 45 minit dari Edinburgh.
Bersama kami, Faizi sekeluarga: Ijan, Farah Alia & Farah Ariana

Dengan saki-baki musim panas yang ada ni, kami ber-BBQ. Bila dah masuk musim luruh nanti, asyik hujan aje. Bekalan pun, belum sempat masuk mulut dah sejuk.
Menu BBQ kami: satay ayam, udang garam kunyit, ayam Nandos, ikan mackerel, burger dan jagung bakar. Ijan bawa nasi goreng, Anis bawa nasi ayam.. tak laku... semua orang kenyang makan lauk je.





Lepas je anak-anak kat park yang lapang ni. Bolehlah Mak-bapak bakar-bakar makanan.






'Kuah kacang segera ni, kat Sainsbury pun ada jual'

Tuesday, 21 August 2007

ITM........... Usaha Jaya MARA


Dulu-dulu ITM, sekarang dah jadi UiTM. Logo pun dah lain. Hari tu ada someone tanya pasal lagu ni..tak ingat siapa. tapi inilah liriknya. kalau dah lupa nanti kita mintak kakak/abang OC ajar . Selamat mengimbau kenangan lalu.. cewah!!

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untuk ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah Bangsa
Maju Negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya... demi bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
ITM.... Usaha Jaya MARA.....


apasal senyum-senyum?...:)

anis.

Monday, 13 August 2007

Braveheart - Sir William Wallace

Ingat lagi tak cerita Braveheart?

Dalam satu perjalanan di kawasan Scottish Border, kami ternampak signboard bertulis 'Wallace Monument'. Kami pun singgah la... Monument ni dah lama, sebelum kisah William Wallace difilemkan. Tapi, punyalah frust bila dah sampai kat tugu Wallace tu.. sebab... dia tak lah handsome macam Mel Gibson. Ish...tipah tertipu!!!


http://en.wikipedia.org/wiki/William_Wallace