Monday, 29 September 2008

Esok hari raya..

Bertalu-talu kami terima mesej rakan-rakan menyampaikan pengumuman hari raya dari Edinburgh central mosque. Hmm.. apa juadah pagi esok ni?? Jangan lupa mandi sunat aidilfitri sebelum ke masjid untuk bersolat!

Sa'id bin Musayyab berkata: "Sunat pada Hari Raya Aidilfitri itu ada tiga ; iaitu berjalan kaki menuju tempat sembahyang (tanah lapang), makan sebelum berangkat, dan mandi (sebelum berangkat)." Albani berkata : "Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Faryabi dengan sanad sahih". Baca Irwa'ul Ghalil (3/104).

Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )