Thursday, 25 September 2008

Khabar dari Ikhwan



Ikhwan seronok sangat dapat surat yang ada tulis nama dia pada envelope. Setiap kali posmen hantar surat , semua surat ibu dan ayah. Kali ini ada surat untuk Ikhwan dari mak tok, husna & mak ngah. Kad raya aidilfitri. Nampaknya, tahun ni kami tak sempat bagi kad raya ke Malaysia.

Menjawab perkhabaran Ikhwan, dia sihat macam biasa. Banyak juga perkembangan terbaru sejak dia sudah masuk sekolah.
- Ikhwan sudah kerap makan. Walaupun masih memilih, dia makan juga bila disuruh tanpa perlu terlalu dipaksa. Dia sudah boleh faham bila ibu kata 'Sometimes we will have to eat the food that we don't like, because that's the only food we have today'. Nak bercerita tentang konsep rezeki, takut Ikhwan tak faham . Dia sudah agak boleh bertoleransi
-Ikhwan sudah pandai sangkut baju, jumper dan seluar sendiri bila balik sekolah. Tukar baju dan baju tidur sendiri walaupun sampai 10minit nak mengenakan butang. Hanya perlu suruh dia naik atas dan tukar baju, dia tahu apa yang perlu dia buat.
- Ikhwan sudah boleh faham bila dilarang berbuat sesuatu setelah diberitahu akibatnya. Dia lebih mudah menerima.

Bila sudah hampir masuk 5 tahun, menjaga Ikhwan lebih mudah kerana dia sudah agak matang. Kami juga seronok bila Ikhwan sudah boleh berinteraksi tentang banyak perkara. Seronok berbual dan bercerita serta berada dalam dunianya.Walaupun kami sibuk, meluangkan masa bersama Ikhwan diusianya ini, kami takkan lepaskan kerana ia sesuatu yg amat indah yg berlaku sekali sahaja. Tak terbeli dengan wang ringgit, tak terbeli dengan masa. Anugerah dan amanah Allah yang sangat istimewa. Kami panjatkan kesyukuran atas nikmat yg Allah beri. Harap kami tak alpa mengabaikan nikmat dan amanah yang didepan mata ini kerana alpa dengan urusan sendiri.

Walaupun kehidupan dirantau ada pahit manisnya, Alhamdulillah kami masih berpeluang menyediakan makan, menguruskan pakai, mengemas barangnya dengan dua-tangan kami. Di Malaysia dulu sebahagian besar diuruskan oleh penjaganya. Dari Isnin-Jumaat, kami bertemu Ikhwan lepas pukul 6-7 malam, tak sampai beberapa jam selepas itu, sudah masuk waktu tidurnya. Dalam seminggu, masa sedarnya lebih banyak bersama pengasuh dari dengan ibubapanya. Kini kami rasa betapa besarnya erti dan hikmah menyuap makanan, menidurkan, membasuh dan melipat pakaiannya, memandikan, membasuh berak kencingnya, pendek kata meguruskan hidup seorang anak oleh ibubapanya sendiri. Mungkin sebab itu doa seorang anak terhadap ibubapanya 'Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil- (Al Isra':24)'. Menariknya doa yang dituntut ini menekankan 'dimasa kecil'. Mungkin benar konsep 'power of touch' terutama dengan anak sendiri. Teringat juga tulisan saifulislam.com - dosa ibubapa mengatasi kesalahan anak-anak. Moga kami diberi hidayah dan kewajaran dalam mengimbangi tuntutan hidup dan membesarkan amanah Allah ini.