Wednesday, 30 April 2008

Sarapan Pagi dengan Jepp

Fettuccine all'Alfredo

Resipi ni direka oleh seorang tukang masak roman yang nama dia Alfredo. Dia ni terkenal pasal pakai sudu dan grafu emas semasa menghidang.



Bahan-bahan

  • 200ml/1 cawan double cream
  • 50g keju parmesan (hard cheese) disagat
  • 350g Fettuccine (tagliatelle pun boleh pakai jugak)
  • 50g mentega
  • garam
  • sebuk lada hitam (kasar)
Cara-cara
  1. Cair kan mentega didalam pan. Tambahkan cream dan biarkan mendidih. Pelahankan api, kacau perlahan-lahan dan masukan keju parmesan, garam dan lada secukup rasa. Padamkan apa.
  2. Masak air dengan sedikit garam hingga mendidih. Masukan Fettuccine dan biarkan ia mendidih. Biar sehing ia lembut kemudian tos. (Tak pun ikut je arahan kat pembungkus Fettuccine tu..)
  3. Nyalakan api pelahan pan krim tadi. Masukan Fettuccine dan gaul hingga rata. Tambahkan garam atau lada jika perlu.
  4. Masukan kedalam pinngan hidangan dan taburkan sedikit keju parmesan yang disagat. Hidang secepat mungkin.
  5. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

Sunday, 20 April 2008

Berita dari Malaya: Selamat Bertunang Iffa




Amboi mak pengantin yang baju putih tu............ :))



Terima kasih sudi email gambar kat kami. Muka sepupu-sepupu kita ni lebih kurang aje. Tak caya cuba nengok gambar Teh dengan Iffa. Rasanya, kalau anak sedara kita Nuha dah besar dia pun ada rupa Iffa jugak.

Thursday, 17 April 2008

Seni Halus Bonda

In progress............ a pink table-cloth



Wednesday, 9 April 2008

Sunday Lunch with Jepp

Boleh try, mesti best punya.

Kambing Pangang bersama Datin Rosemary dan Puan Seri Zaiton

Bahan - Bahan














  1. 1 peha kambing biri-biri
  2. 2 ulas bawang putih
  3. Daun Rosemary segar
  4. minyak zaiton
  5. garam
  6. sebuk lada hitam (kasar)

Cara-Cara
  • Panaskan oven 180C
  • Dengan menggunakan pisau kecil, hiris dan buat lubang kecil yang cukup dalam untuk dimasukan sebutir bawang putih yang dicincang. Sumbat bawang putih dan rosemary kedalam lubang tersebut.
  • Sapukan minyak zaiton, Taburkan garam dan lada hitam secukup rasa. Lebih pun tak pe.Tutup dengan aluminium foil(kalau mahu).
  • Masuk dalam oven biar lebih kurang 1 jam.
  • Bila sudah masak, keluar dari oven dan biar selama 15 minit sebelum dihidangkan.



Jepp



Saturday, 5 April 2008

Pulut Udang di pagi Sabtu

Sumber inspirasi : Jo@mekarmewangi.blogspot
Hasil usaha: Jepp & Mak
Tukang makan: Anis
Never interested: Ikhwan





Thursday, 3 April 2008

Ikhwan and Little Miss Crocus

Early spring, musim crocus berbunga. Nanti tunggu tulip pulak.

2, Howden Gardens, Leeds

Howden Gardens, belakang tu dulu kedai Sharma. atas Sharma tu, rumah sape ntah...
Salam kenangan to my dearest x-housemates: Syila M, Mak Cik Kurus dan Lat

Mahmood buthcer..our landlord.
AAA Supermarket, Woodhouse Lane
Masjid


Gambar Post Office dari dalam pagar masjid..tempat beli setem dan pos surat ke kampung di Malaysia. 12 tahun dulu, email masih tak begitu common .