Friday, 2 January 2009

Nasi Tomato


Bahan-bahan

  • 2 cawan beras basmati
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1 cawan Cream of Tomato Soup ( Heinz etc.)
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan tomato soup, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Friday, 26 December 2008

Ikhwan & Banana Muffin






Masalavadai soya


http://www.myresipi.com/top/detail/6490

Bahan-bahan ( 12biji )

  • 2 cawan hampas soya
  • 4 sb tepung gandum
  • 1 sb serbuk kari
  • 4 biji cili kering
  • 1/2 sk garam
  • 1/3 labu bawang besar

Cara-cara

  1. Potong kecil-kecil cili kering dan bawang besar. Basuh dan buang biji cili. Campurkan semua bahan sekali dan gaul bagi sekata.
  2. Buat bulat-bulat dan leperkan dengan tangan(nak rangup buat nipis2). Goreng dalam minyak hingga garing.
  3. Pastikan api kecil supaya dalam vadai masak. Siap..

Jemput-jemput Kacang Soya

Lepas buat air soya, hampas soya boleh dijadikan makanan lain.

http://www.myresipi.com/top/detail/5137

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • 4 senduk nasi hampas kacang soya
  • 2 biji bawang besar - hiris halus
  • 1-2 batang cili hijau - hiris halus
  • 2-3 lembar daun kari - hiris halus (atau daun sup/daun bawang)
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • 500 g tepung gandum (jgn habiskan)
  • sedikit air jika perlu
  • Isi udang cincang,daging cincang dll...jika suka
Cara-cara
  1. Satukan 6 bahan pertama dlm sebuah mangkuk dan gaul rata .
  2. Masukkan sedikit air dan gaul lagi.
  3. Masukkan pula tepung secukupnya dan gaul hingga sebati dan sehingga boleh dijemput2kan dgn hujung jari.
  4. Panaskan minyak dlm kuali dan gorenglah seperti menggoreng jemput2 biasa.
  5. Jemput2 hendaklah digoreng hingga garing supaya hampas kcg soya tak terasa mentah.
  6. Enak dimkn panas2 bersama sos cili...

Banana Muffin

http://www.myresipi.com/top/detail/1095

Bahan-bahan (12 regular sized muffins)

  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1/2 cwn gula caster
  • 1/3 cwn minyak masak
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 biji telur
  • 3 biji pisang, dilenyek
Cara-cara
  1. A - Masukkun tepung di dalam mangkuk yang besar.
  2. B - Campurkan gula, telur, minyak, susu dan pisang dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan B kedalam A dan dengan menggunakan garfu, kacau menggunakan "fold in" method - Mixture should still be lumpy.
  4. Sudukan adunan ke dalam tin muffin dan bakar selama 25 - 30 mins didalam ketuhar yang panasnya 170C.

Sunday, 21 December 2008

Bangsa Jerman juga pernah diperbodohkan oleh bahasa Latin dan Perancis

http://profabdullah1.wordpress.com/2008/12/12/bangsa-jeman-juga-pernah-dibodohkan-oleh-bahasa-latin-dan-perancis/#comment-35

Pada abad ke-17 Zaman Pertengahan di Eropah berakhir. Negara-negara Perancis, Itali dan Inggeris mula menjadi maju apabila industrinya berkembang, tetapi Jerman masih kekal mundur.

Pemimpin-pemimpin Jerman hairan kenapa ini berlaku. Pada hal ilmuwan Jerman ramai dan orang-orang Jerman rajin bekerja. Di samping itu, negara Jerman mempunyai banyak sumber.

Malah, Jerman menggunakan bahasa Perancis dan Latin sebagai bahasa pengantar sekolah dan universiti. Bahasa Perancis pula menjadi bahasa perdagangan dan komunikasi antarabangsa. Oleh sebab itu apakah yang tidak kena pada negara Jerman?

Kesedaran Prof. Gottfriend Wilhelm Leibniz

Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716), adalah seorang sarjana matematik dan falsafah Jerman. Beliau sendiri terdidik dalam bahasa Latin dan Perancis. Beliau menyedari bahawa situasi ini timbul akibat menggunakan bahasa Latin bagi menyampaikan ilmu di sekolah dan universiti. Ilmu yang terkepung dalam bahasa Latin. Oleh sebab itu ia tidak sampai kepada rakyat yang hanya memahami bahasa Jerman.
Bahasa Perancis pula digunakan dalam komunikasi perdagangan antarabangsa. Bahkan bahasa Perancis itu juga menjadi bahasa komunikasi golongan masyarakat atasan.

Bahasa Jerman dianggap rendah dan tidak mampu mengungkapkan ilmu dan tidak layak digunakan sebagai bahasa perdagangan. Ini menyebabkan wujud situasi bahawa golongan atasan dan intelektual berbahasa Perancis dan Latin, manakala rakyatnya berbahasa Jerman.

Bahasa Perancis dan Latin itu menjadi tembok pemisah antara dua golongan rakyat Jerman. Golongan atasan dan intelektual menggunakan bahasa Latin dan Perancis, dan rakyat menggunakan bahasa Jerman. Oleh sebab itu golongan atasan dan intelektual yang menguasai bahasa Latin dan Perancis dapat menerima pendidikan, manakala rakyat Jerman yang hanya memahami bahasa Jerman tidak menerima sebarang pendidikan. Rakyat biasa Jerman berada dalam kebodohan.

Tentangan Golongan Atasan Jerman

Apabila Leibniz memulakan kempen menggunakan bahasa Jerman dalam sistem untuk pendidikan, golongan atasan dan intelektual Jerman menentang. Pada mereka bahasa Perancis adalah segala-galanya. Bahasa Perancis itu bahasa dunia, bahasa intelektual, bahasa diplomat, bahasa perniagaan, bahasa kesusasteraan dan kebudayaan, sedangkan bahasa Jerman adalah bahasa yang rendah, tidak dikenal oleh orang luar, tidak intelektual dan tidak dapat digunakan untuk bersaing dengan dunia luar.

Para intelektual Jerman mengatakan bahawa perpustakaan hanya berisi buku-buku dan jurnal-jurnal dalam bahasa Latin dan Perancis. Bahasa Jerman tidak mempunyai istilah-istilah yang cukup, dan tatabahasanya pun tidak ada.

Mereka juga percaya bahawa Jerman akan hanya dapat maju dan bersaing dengan negara-bangsa-bangsa lain melalui bahasa Perancis. Orang Jerman harus dapat membentangkan kertas kerja dalam bahasa Perancis dalam seminar-seminar antarabangsa. Pelajar-pelajar Jerman tidak akan diterima melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Paris dan negara maju jikalau mereka hanya dapat menggunakan bahasa Jerman.

Hairankah kita golongan elit Melayu mati-matian mempertahankan bahasa Inggeris!

Strategi Leibniz

Leibniz berusaha keras dan menggunakan strategi sendiri bagi meyakinkan golongan atasan dan intelektual supaya menerima bahasa Jerman sebagai bahasa pendidikan. Leibniz mengkaji kedudukan dan peranan bahasa-bahasa nasional di beberapa negara, termasuk Cina, dan membandingkannya dengan kedudukan dan peranan bahasa Jerman. Dia melihat Perancis dan Itali menjadi negara maju kerana kedua-dua negara itu meninggalkan bahasa Latin dan Yunani dan menggunakan bahasa peribumi sendiri, iaitu.

Bangsa Inggeris juga telah mula memajukan dan menggunakan bahasa Inggeris di sekolah dan universiti menggantikan bahasa Perancis. Bahkan, beliau mendapati kemajuan ekonomi dan ilmu pengetahuan negara Cina pada masa itu berkembang pesat dengan menggunakan bahasa dan tulisan sendiri.

Beliau berusaha lagi meyakinkan golongan atasan dan intelek supaya menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pentadbiran negara. Rasionalnya adalah bahasa Jerman akan dapat difahami oleh semua rakyat. Oleh sebab itu lebih ramai rakyat Jerman menjadi terdidik. Seterusnya apabila lebih ramai rakyat Jerman mendapat pendidikan, maka negara Jerman akan bertambah maju, dan lebih makmurlah kehidupan mereka semua.

Leibniz mengusulkan kepada kerajaan Jerman supaya:

1. Membakukan bahasa Jerman dengan menyusun tatabahasa dan istilahnya,
2. Menyebarkan bahasa Jerman kepada seluruh rakyat Jerman,
3. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti,
4. Menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pentadbiran negara,
5. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa perniagaan, dan
6. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa komunikasi umum dalam semua bidang dan peringkat.

Perjuangannya disokong oleh orang-orang Jerman yang percaya pada falsafah beliau.

Bermula dari tarikh itu bahasa Jerman terus membangun dan digunakan dalam pendidikan dan pentadbiran. Itulah saat permulaan kebangkitan Jerman sebagai salah satu negara maju di dunia. Sedihnya, Leibniz meninggal pada tahun 1716 dan tidak sempat menyaksikan kejayaan perjuangannya.

Kita dapat belajar daripada peristiwa ini, bahawa perjuangan seorang tokoh pun boleh membawa perubahan kepada negara.

Saturday, 20 December 2008

Air Soya

Bahan-Bahan:

  • 500 gm kacang soya
  • Sedikit garam Gula secukup rasa
  • Beberapa helai daun pandan

Cara:
  1. Rendamkan kacang soya sebanyak 500gm dalam air selama 24 jam.
  2. Basuh kacang soya dan toskan
  3. Kisar kacang soya bersama air dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya bersamaan dua cawan air)
  4. Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk mengelakkan air soya berkeladak)
  5. Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini.
  6. Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau)
  7. Masukkan beberapa helai daun pandan
  8. Masukkan secubit garam
  9. Masukkan gula secukup rasa